Friday, June 1

1 June, the new start of brand new day :)

Ya Rabb, izinkan aku sampai ke tarikh 25 Jun dengan jaya dan bahagia.

Terima kasih, buat semua yang tidak pernah jemu dengan kata semangat dan menemani sisi. Dan teragung, buat DIA ; terima kasih Tuhan. Untuk sebuah kekuatan dan perubahan. Alhamdulillah, terlalu banyak self - improvement di tambah nilai. Bangga pada diri, bukan mudah untuk kembali.

Dan untuk sebuah takdir duka dan duga yang akhirnya mengajar aku sebagai manusia yang lebih matang dan redha. Baik pada kelemahan diri, mahupun semakin menerima kelemahan the other half. Danjuga, mensyukuri kelebihan kedua - dua.

Bukan semua yang menggembirakan hati terbaik untuk diri. Terkadang, yang gembira itulah sebenarnya tersembunyi derita. Dan, bukan semua yang memualkan itu buruk ronyok dalam diri kita. Sebaliknya, yang memeritkan itulah tersembunyi bahagia. Dalam meniti hari - hari ini, aku akui aku masih perlukan kata - kata semangat terus ke gegendang telinga. dari dia. juga bebelan keramat singa seksi yang punya kuasa degupkan jantung, walau ada tika aku hampir lelah.

Mungkin hidup tanpa gembira yang di sangka bahagia itulah yang terbaik. Dan mungkin itu yang seharusnya aku pilih. Terkadang, situasi memaksa aku untuk membuat pilihan. Pilihan memilih yang bukan sepatutnya.

Buat teman - teman, bukan niat di hati untuk berdegil dari mendengar nasihat kalian untuk meninggalkan. Bukan juga niat hati yang sepuluh kali terluka, sepuluh kali menangis kecewa masih bertahan untuk setia. Bukan juga perbodohkan diri, tutup mata, pekakkan telinga sebab masih berpegang pada lepasan. Bukan juga berkeras tidak mahu meletakkan ego diri lantas biarkan hati disampahi, dibuang diletak tepi. Bukan.

Memang lagi bererti beri hati pada yang sudi menghargai. Tapi kadang, ada satu kepercayaan terikat jauh di pelusuk hati. Ada sebab di sebalik yang memegang hati untuk terus di situ. Ada tika, lidah tak mampu perjelaskan pada kalian..

"segala sesuatu itu terjadi mungkin kerana aku adalah segalanya. 
namun, tetap jua hakikat dan ketentuan Tuhan adalah sandaran paling utama. 
kerana segalanya adalah di bawah kuasaNYA terpaling hebat.."


p/s : jika perubahan ini untuk kebaikan , kau kekalkan lah untuk kedua nya Ya Allah. Agar terjalin yang mendapat payungan berkat dan redhaMu :)



Goodbye painful may


Semalam, dua malam, tiga malam, empat malam, lima malam lepas hari - hari aku sunyi. Tiada deringan telefon. Tiada tanda mesej masuk. Tiada tanda bbm berbunyi. Tiada beep whatsapp. Tiada kunjungan menunggu di foyer D untuk di bawa makan tengahari ataupun keluar berdua, meluah rindu. Tiada. Semua nya kerana masing - masing dalam proses pemulihan jiwa. Memulihkan psikologi terhadap irritating moment yang masing - masing, orang ketiga, orang keempat, orang luar, dan keadaan cipta.


Cerita di sebalik terjadi ini semua, panjang sangat. Kalau di cerita di sini, satu perkara aku khuatir, perempuan itu mungkin akan menimbulkan isu lagi. Kerana dia stalker paling stupid aku pernah jumpa, mungkin bukan aku sahaja, kawan" dalam komuniti band dia juga barangkali. Kerana most tweets mahupun post yang di tujukan pada random people pun dia terasa hinggakan bergaduh sesama komuniti dia sendiri, padahal kalau tak bersalah tak perlu kot mahu terasa bukan ? Kasihan, konon nak bela diri tapi malukan diri sendiri. Dia mungkin ingat dia bijak, delete semua tweets dia. Tapi sebaliknya ada orang lagi bijak, screenshot dan printscreen semua tweets sebelum dia delete. Haha ! Mujur masih ada rasa kasihan dan bertimbangrasa sahaja maka tidak sampai hati upload tunjuk satu dunia semua drama itu.


Dan buat jarang kali nya aku mengalah, aku sunyikan twitter aku sementara dan locked all tweets aku. Sebab pertama, admr pohon aku protect twitter kerana kami tahu dia masih menjadi stalker tegar. Kerana kami penat bergaduh hanya kerana feedback bodoh dia yang screenshot most tweets aku kemudian hantar pada admr, semata - mata dia rasa insecure. Agaknya dia fikir aku juga gila mahu serang dia. So shallow. Terfikir juga aku kenapa dia melebih nak insecure sedangkan aku rasa aku yang sepatutnya insecure dan tunjuk segala menda pada admr. Ini, aku tidak pernah buat dia boleh buat. Sabar je lah -____- Sebab kedua, aku rasa aku akan kelihatan turut bodoh macam dia jika aku layan segala 'perasan' dia tu. Maka lebih baik aku lock twitter dari terus - terusan kelihatan bodoh buat perkara bodoh kerana sebab bodoh. Haih tercemar belog aku dengan banyak sangat 'bodoh' keluar. 


Maka, rentetan kejadian - kejadian itu, kami ambil pendekatan being apart. Tahu tak, perasaan bila tak pernah berjauhan tak pernah bergaduh lebih dari sehari dua tak pernah tak berjumpa lama tak pernah lost contact dengan rasa dingin, perasaan dia saling tak tumpah macam sedang hadapi putus hubungan. Meroyan, usah di tanya. Yang tak tahan dua - dua meroyan tapi still refuse untuk kembalikan keadaan normal. Reason, both hurts alot. 


Bukan tidak pernah di cuba untuk berbaik, pernah. Tapi bila dah kembali bunga - bunga bahagia, perempuan itu datang buat onar balik. Ada saja tweet aku dia nak terasa, lepastu dia screenshot, lepastu dia send pada admr. Sekali dua kali boleh lah dia bersorak riang sebab aku memberi feedback kurang senang pada perbuatan dia. Lama - lama, aku turned out muak. Jelik. Menyampah. Rasa nak pijak muka. Korek hati busuk yang dia punya. Hidup menyusahkan orang. Pathetic woman*cries


Di sebabkan rasa annoying terlalu membuak, aku jadi malas nak melayan dah. Maka aku diam. Kalau bersuara pun hanya nampak aku yang salah, bak kata kawan" komuniti dia itu memang bijak berlakon depan orang berlagak naif, tapi di twitter bukan main. Dia sweet talker dia lah paling bahan orang. Maka lebih baik aku diam. Maka seperti biasa, di sebabkan minta maaf tu dah terlalu phony dan cliche, maka terjadi lah perhubungan sejengkal menjadi sedepa. 


Dan kini aku bersyukur, perhubungan sejengkal menjadi sedepa inilah yang mematangkan aku. Banyak aku berfikir. Banyak aku renung. Terima kasih kepada perempuan itu kerana hadir dia membuka mata ramai pihak. Kerana kau, aku menjadi sangat akrab dengan AA, hubungan lebih baik dengan adik admr, dan aku sedar terlalu ramai rakan - rakan di belakang aku rupanya. Dan paling aku tersentuh mereka khabarkan, mereka wanita - wanita dalam band kau stand for aku. Walau sebenarnya aku malu. Malu aku orang luar, tapi mereka yang menyusah mempertahankan,memberi informasi juga membantu aku di sini. 


Akhir kata, terima kasih #HH. Seperti mana aku pernah katakan, aku sedia terima kau sebagai kawan kalau hadir kau bukan untuk memporak perandakan keadaan. Jadi lah perempuan yang baik kerana perilaku kau reflects the way he told me who you're. Jika tidak, pergi lah kau jauh - jauh dari hidup kami, kerana banyak tentang kau kami tahu. Jangan sampai semua perkara tersebar kerana kelak kau yang akan malu sendiri. Aman tanpa perang :)



p/s : telah selamat masuk ke bulan jun. menghitung hari..25th of June

Tuesday, May 29

Di mana calon lelaki yang baik

Peningkatan usia sedikit sebanyak merubah pemikiran aku. Sedikit sebanyak meminta aku agar lebih berhati - hati dalam meniti hidup penuh pancaroba lewat akhir ini. Terdetik hati untuk bercakap mengenai jodoh, semua sudah tertulis di Loh Mahfuz. Siapa aku untuk menidakkan. Mempunyai pasangan kini bukan jaminan dia adalah jodoh aku, walau aku cuba sedaya mampu. Jika aku renung perubahan dia lewat akhir ini dan merenung kehidupan yang ingin aku lalui lima enam tahun lagi, aku akui aku takut. Kadang - kadang rasa takut untuk meneruskan lagi hadir. Kerana dia bukan lagi seperti yang aku mula kenali dua tahun lalu. Kenapa manusia berubah dengan drastik, itu aku tertanya.

Dahulu, aku langsung tidak mengenali dia. Hubungan bermula semua kerana dia berjaya menarik hati untuk memilihnya. Hati mana tidak tersentuh bila lelaki asing dalam hidup kau sanggup lakukan solat hajat, mengongoi pada rakan lelakinya, mendoakan agar kau tidak pergi. Hati mana tidak tersentuh pabila hari - hari dia menghulur bantuan menemani menyelesaikan urusan perpindahan sementelah rakan baik kau tiada di sisi. Hati wanita mana tidak tersentuh bila hari - hari di belikan makanan di temani makan. Selama sebulan berterusan. Lelaki asing yang tidak pernah di kenali pada tahun pertama itu lah yang berjaya menarik hati kau untuk bersama lelaki kembali. Peristiwa di mana kau hilang percaya pada lelaki lama yang curang semata - mata kedah kuala lumpur itu jauh. Pertama kali di saat kucupan dahi singgah ucap kata tenang cinta, akan setia selamanya dan peristiwa lama tidak berulang lagi, mengalir satu rasa aneh mengikat hati. Lalu aku tanam dia lelaki selamanya di hati tiada dua tiada di cari lain lagi. 

Benar jodoh dengan lelaki yang baik idaman setiap wanita. Kriteria beberapa sifat yang tergambar di kotak fikiran harus ada pada setiap suami yang baik. Jika kau wanita seperti aku yang di besarkan dengan didikan ibu dan ayahku dan para guruku, kau pasti menginginkan lelaki yang punyai sifat sebegini. 

Kuat amalan agama.
Dari kecil itu di tekan kan dalam kehidupan aku. Mestilah di lihat pada kekuatan agama. Bermaksud lelaki tersebut mestilah sentiasa menjaga solat fardu, kerap berjemaah, dan solat di awal waktu. Juga pemakaian yang sopan, auratnya di pelihara. Mungkin sebab itu di umur awal remaja kebanyakan lelaki yang aku 'adore' dan berkawan rapat tapi mesra dalam kalangan 'budak masjid'. Kerana kecenderungan itu.

Akhlak yang baik.
Punyai akhlak yang baik dalam konteks seseorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak andur. Pertuturan yang sopan, melambangkan peribadi dan hati yang mulia. Lelaki yang gemar menggunakan term 'shit' 'fuck' 'bodoh' di hadapan public semata- mata meluahkan rasa marah atau tekanan dia pada aku, sukar untuk aku terima. Jika di khalayak dia boleh berkata sebegitu apatah di belakang. Mana mungkin cenderung suka pada lelaki yang berkasar, menengking, baran tidak bertempat. Sedangkan bapa aku sendiri tidak pernah meninggikan suara pada aku. 

Tegas mempertahankan maruah.
Bagi lelaki seharusnya mereka perlu bijak dan tegas mempertahankan maruah. Yang pada pandangan aku penting bagi seorang lelaki yang baik adalah tidak berkunjung ke tempat - tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya serta tempat yang boleh menimbulkan fitnah. Juga menjaga pergaulan dia dengan wanita lain jangan sampai timbul fitnah apatah skandal.

Amanah.
Sikap yang perlu di sematkan baik lelaki bujang mahupun sudah berkahwin. Mereka perlu memegang amanah agar tidak hilang kepercayaan daripada wanita mereka. Kerana pada hema aku lelaki zaman modenisasi kini tidak lagi berpegang teguh pada amanah yang di berikan. Amanah yang penting yang mana bagi lelaki adalah tidak harus kau punyai skandal/perempuan simpanan atau pasang niat untuk bermain kayu tiga jika sudah mempunyai kekasih atau isteri. Ya dalam certain keadaan kekasih belum menjadi isteri, tapi bukankah niat kau berkasih untuk memperisteri ? Apatah lagi bila kau sudah mempatri janji dan menabur segala janji. Jadi mengapa kau mahu mengingkari amanah yang kau sendiri cipta. Lelaki, fikir.

Tidak boros, tetapi tidak kedekut.
Wanita memerlukan lelaki yang boleh membimbing mereka dalam penggunaan wang, terutamanya bagi yang gemar membeli - belah. Apa yang di mahukan bukan lelaki, tetapi seseorang lelaki yang tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 

Bijak menjaga pandangan.
Dengan cara tidak melihat perempuan lain yang lalu - lalang ketika sedang berbicara. Bagi sesetengah wanita, jika situasi sedemikian terjadi mereka akan tercabar dan langsung memikirkan bahawa mereka belum cukup sempurna berbanding perempuan yang di lihat seterusnya mengurangkan rasa keyakinan pada diri sendiri. Mana tidak, jika di hadapan pasangan sendiri sudah berani melihat perempuan lain, apatah lagi jika di belakang jika tidak bersama mereka.

Pergaulan yang terbatas.
Bukan sahaja pada perempuan tetapi juga perlu ada pada lelaki. Pergaulan yang di maksudkan apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun tahu dirinya mampu berbuat demikian. Walau dalam komuniti kau ada percampuran lelaki dan perempuan dan mereka bebas melakukan apa mereka suka tanpa fikirkan pandangan orang luar. Pada lelaki yang baik, mereka akan fikirkan maruah keluarga dan hati orang yang mereka sayang juga hati orang yang sayangkan mereka jika mereka melakukan sesuatu di luar batasan.

Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
Jika ingin mengenali seseorang, kenali juga rakan - rakannya. Sedikit sebanyak perilaku rakan - rakan menggambarkan dia. Kerana biasanya mereka punyai kecenderungan melakukan aktiviti dan minat yang sama. Misalnya, kawan nya merokok ada kemungkinan dia juga akan terjebak. Misal juga kawan nya seorang kaki perempuan, sweet talker kemungkinan dia akan berubah menjadi sebegitu lambat laun. Pergaulan mungkin sudah memberi jawapan mengena persoalan perilaku.

Bertanggungjawab.
Carilah lelaki yang bertanggungjawab. Bertanggungjawab pada dirinya, keluarga, pasangan dan masyarakat. Lihat hubungan dia bersama keluarga dan ibu bapanya. Lihat sejauh mana dia bertanggungjawab pada kau juga. Akan tetapi ada kemungkinan bila masa berlalu dan keadaan berubah dia mungkin bukan lagi lelaki bertanggungjawab yang pernah kau jumpa dahulu. Bila keadaan dan kehendak dia merubah dia.

Wajah yang tenang.
Seeloknya carilah suami yang berwajah tenang. Wajah yang tenang boleh di lihat tidak kira masa , ketika bercakap, membuat kerja atau kecemasan. Wajah yang tenang melambangkan perasaan dan personaliti mereka. Jangan di cari yang hensem kerana kehenseman belum tentu menjamin bahagia.

Dalam semua kriteria listed out, tak semua ada pada dia. Tak semua. Jika aku perhalusi satu persatu aku pun tertanya diri sendiri kenapa kau menerima dia suatu masa dahulu. Semua tentang masa silam dia aku ketahui. Tapi aku wonder kenapa aku masih menerima. Segala kekurangan dia tidak aku endah, malah aku cuba perbetulkan, pimpin sedikit sebanyak aku syukur bila ada perubahan aku lihat. Tapi bila berjauhan, perubahan itu tidak kekal. Bila masa dia merubah aku, aku bersyukur. Banyak perubahan aku dapat rasakan. Lebih matang dalam berfikir. Lebih kuat mental dan emosi bila lewat akhir di duga begini. Semua kerana dia dahulu. Tapi kenapa bila aku berjaya merperbaik pulih diri kerana dia, kenapa tidak dia. Kenapa dia yang berubah sehinggakan kadangkala aku tidak lagi mengenali dia. Kenapa masa meragut hati untuk di beri pada dia. Kenapa aku tidak mampu simpan kemas hati ini agar tidak terusik lagi. Kenapa bila di beri ia seperti tidak di hargai. Kenapa. Kenapa lelaki tidak setia. Kenapa lelaki tidak istiqamah dalam perasaan dan cinta dia tabur. Kenapa. I longed for that.

Doa aku titip sentiasa agar dia kembali. Kembali pada lelaki yang pernah aku temui dua tahun lalu. Mungkin tidak sepenuhnya sama, tapi ada lebih baik daripada tiada kembali langsung bukan ? Tuhan, jangan pisahkan hati ini jika sudah tertulis pengakhiran yang baik buat kami.

Monday, May 21

Madam Fatni's wedding reception :)

Pada 5 May lepas yakni dua minggu yang lalu*entrybasi*, bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya majlis resepsi pensyarah kimia matrikulasi kami PuanNurul Fatni Abdussyukur dan suaminya, Wan Abd Hasif.

Menghadiri majlis resepsi ini juga ibarat menghadiri small gathering of our matriculation mates. Last minute bagi confirmation mahu pergi sebab aral. Last minute juga tawaran admr yang mahu menemani ke sana. Maka, kesempatan ini di manfaatkan sebaik mungkin.

Like syeera said 'rombongan mak jemah ke Putrajaya'. Mereka lah teman - teman last minute ajak menemani jugak sebab nak memenuhkan kekosongan kereta di samping melepaskan rindu dendam lama tidak berjumpa. ShahirahNabihah dan Fatin, both are my best buddies.

We arrived there agak lewat.. Sebab..saye dengan Fatin dengan Syeera lambat bangun. Hak ! Pity admr menunggu ehek. Around 2p.m macamtu kami sampai. By that time, rakan matrik yang lain mostly dah selesai menjamu selera pum. Mahu nya tidak, dorang sampai tengahari kot. Dua jam menunggu kami -__-'

Menu terhidang : nasi beriyani, daging masak kicap, ayam merah, orange dan air sirap

a simply adorable pinky colour. would love to say i love this inspired creative design. again, simple tapi sedap di pandang.

pelamin indah tersergam. Simple design. Kan.

Kami namakan 'laluan sakura'. Hek. Laluan newly-wed ke pelamin persandingan

Bila kami sampai, madam dan suami dah berarak masuk dewan, sedang di tepung tawar di pelamin indah pum.

Lovely newly-wed, Madam Fatni dan suami. Cantik sangat. Bagai pinang di belah dua, sama tiada cela :'D

pengantin segak melangkah beralih untuk makan beradap pula.

Cantik. Segak. Sangat.

Fengfeeling pengantin jap. Mana tahu dapat berkat. Eh :P


Sir KJ, lecturer kimia paling saye sayang. Selalu lepak cubical dia buat latih tubi, lepastu skip lab bio pum lepak dengan dia, makan masakan isteri dia hujung minggu. Baik sangat. Terkejut taw ketemu dia. Hak. Segan sebab datang dengan admr. Lepastu boleh pulak kan  lepas kite bual satu dua dengan dia, admr pula datang menyalami dia cakap cenggini 'sir, ingat lagi tak'. Lepastu sir boleh pulak jawap 'ingat lah. Yang selalu berdua dengan ndla. Moga berkekalan lah ya'. If I were in his place, tebal dah muka. Segan. Lecturer pula doakan ex-student. Aaaa. Aaaaaa -__-

Usai menjamah selera, sambil menanti madam selesai makan beradap, masa kami bunuh dengan chamwhore. Para wanita sahaja kot. Yang laki - laki bunuh masa dengan berbual T_T

Orang atas ni, jumpa kawan lama tak ingat dah kita wujud ke tak. Maka, bawa diri bersama rerakan lagi berfaedah. Iya dak ?! Buahahaha :B


Rerakan 1 : Famy, ex-practicummate. Dan kini, satu UM satu kolej kediaman, berlainan kos. Hek.

Rerakan 2 : Norffa, pun ex-practicummate. Kini dia di UPM

Rerakan 3 : Ina si gadis bertudung kelabu. Ex-tutormate ite. Hik.

Rerakan 4 : Jangan-tanya-mereka-siapa. Hak !




Madam, husband and her bridesmaids. All in pink all in pink. Sho shuweet :'D
Sebenarnya, ada gambar kite - kite satu batch dengan madam, tapi mana tah..tak tertemu pula -..-



Both bff kite. Selalunya, cerita pasal syeera pada atyn, pasal atyn pada syeera. Akhirnya, dapat temukan jugak kedua dua. Bangga, dorang boleh masuk dengan mudah*kisses

Saat - saat mahu beredar dari majlis sudah.


Ke Kiri : Jalan keluar T_T

All is here. Sucha a lovely wedding and mini gathering for us, Madam Fatni ex-students :)

Lovely wishes from us, sincerely for Madam Fatni and husband :)

*****************************************************************************
Since hari masih awal petang muda remaja, masa berbaki kami berkunjung ke Alamanda, Pejabat Perdana dan sekitar Masjid Putra. Sekadar menghirup angin petang Putrajaya dan bunuh masa bersama teman-teman-bukan-senang-mahu-gather.
















That s all for today. I had a great moment with them. And yeah, i created some lovely moment, hard to forget..building my relationship with all of them, love and friends. How sweet and cool they are. Thanks for evrything you guys and girls. Insha'Allah ada rezeki, masa senggang kita ketemu lagi ! Mucho gracias love ^^,

Saturday, May 12

Blessing Friday


Jadi bila dia menawarkan diri mahu datang dan menanyakan kesudian kita menemani dia membeli belah, kita ibarat kecil tapak tangan , nyiru di tadahkan. Sebab kite memang suka teman dia beli baju. Macam masa kite teman dia belikan baju melayu raya tahun lepas. Teman dia beli baju untuk kor setiap sabtu. Ada satu feeling aneh hadir. Tak mengapa lah jadi macam mama awak. Buat itu ini layan awak. Dah biasa. Dah biasa awak samakan kite dengan mama. 

Petang yang indah. Terasa lama masa berlalu. Perkara - perkara lama tak kita lakukan, kita lakukan bersama. Saye terharu. Seperti admr yang lama kembali. Terima kasih, hadir :')

p/s : andai putaran masa dapat di hentikan, tak mahu pergi dari petang ini.
p/s/s : setelah sekian lama kembali bertudung bawal, di puji melangit. Ahai memang lepasni tudung bawal je lah di sarung untuk pertemuan. Sejuk hati :p


Friday, May 11

Di mana penilaianmu kasih.

Suatu masa dulu hubungan itu ibarat air terjun dengan batu. Tak dapat di pisah kan. Air memukul batu terasa sakit. Air tiada batu terasa cacatnya ciptaan. Dekat sangat. Langsung tak boleh berpisah. Jika tidak si Dara menangis rasa kekurangan, pasti si uda pula mengambil tempat meluah rasa. Setahun pertama, hubungan akrab itu berterusan dan amat sukar di bolak - balikkan. Mungkin kerana ketika itu hati masih bersatu di samping tubuh yang tidak mengenal erti berjauhan.

Sehingga suatu ketika, tika uda dan dara sama - sama mengecap kejayaan berjaya di fasa foundie mereka..mereka di suruh agar memilih tempat untuk meneruskan fasa kejayaan seterusnya. Tiba saat ini, berlaku sedikit kecelaruan komunikasi. Uda dan Dara masih saling menyayang masih ingin bersama, cuma pilihan meneruskan fasa belajar menjadi halangan. Si Uda berkeras mahu ke varsiti pilihan dia dan keluarga, manakala si Dara langsung tidak mahu ke sana. Dara inginkan varsiti impiannya, varsiti tertua di dalam negara. Lalu setelah berbincang, mereka membuat perjanjian andai jodoh telah di tetapkan berpisah varsiti bukan penghalang. Uda berjanji akan melawat Dara setiap minggu jika ada kelapangan. 

Awal semester pertama berjauhan berlangsung dengan jaya kerana Uda kurang bersosial. Masih bergantung sepenuhnya pada Dara untuk mengejutkan diri bangkit subuh, tika mahu belajar dan masih saling perlu motivasi sebagai inspirasi. Segala susah payah di awal alam varsiti dia mengadu. Masalah kewangan juga tidak kurang terkecuali. Dara hanya mampu mendengar, dan membantu mana yang mampu. Kasih sayang masih terikat kemas. Separuh semester pertama menginjak hubungan sedikit goyah kerana Uda dan Dara di buru kesibukan. Uda sibuk dengan dunia musik dan kehidupan band varsitinya manakala Dara sibuk menjelajah Malaysia bersama bola mengharumkan nama varsiti kesayangannya. Namun sekali sekala, masa luang Dara manfaatkan menjenguk Uda di samping melawat rakan baiknya di varsiti Uda.

Menginjak semester dua, Uda semakin giat bermusik. Semakin galak menikmati kehidupan sosial nya. Semakin satu demi satu titik kebebasan dia suarakan. Tambahan pula Uda sudah menyewa di luar varsiti dan di bekalkan Peugeot oleh mama dan papanya. Maka semakin terlihat di pandangan Dara akan perubahan Uda. Semakin panjang langkah, semakin terlihat kebebasan di cari selama ini dia jejak satu persatu. Kalau dahulu Dara merasakan Uda adalah teman baik nya dan sebaliknya , tempat saling mengadu segala susah payah dan sakit perih dan menangis, kini tidak kelihatan lagi. Uda lagi mengutamakan rakan - rakan. Dengan alasan dia mahu berkawan. Dara sedar selama dia bersama Uda, kelompok kawan rapat Uda sangat sedikit jika di bandingkan dengan dia. Maka, dia biarkan dan terus perhati. Hari demi hari berlalu, perhatian Uda pada Dara semakin berkurang. Alasan sibuk kadangkala sesuatu yang tidak dapat di guna pakai oleh Dara. Dara bukan si bodoh alang yang sewenangnya boleh di tipu, dan Dara sangat pantang di tipu. Lalu apabila seringkali Dara mengetahui perkara yang bukan dari mulut Uda, Dara berasa curiga. Terus curiga. Dan kecurigaan itu semakin bertambah curiga dan mula hilang percaya. Maka, satu demi satu perkara mula terhijab. Dari yang perlu sehingga tidak perlu.

Benarlah kata orang , ingin membina suatu kebahagian itu bukan mudah. Dua tahun hubungan belum cukup penentu bahagia berkekalan. Tapi, ingin memusnahkan bahagia itu mudah sangat. Dalam selang masa dua tiga minggu , hubungan boleh berantakan. Segala kasih yang di tabur selama ini bertukar menjadi debu halus semakin menipis beterbangan. Tak perlu ramai, kehadiran seorang wanita yang berasa dirinya gah cukup untuk membuat onar. Jika selama ini segala yang datang mampu Uda dan Dara bersama tangkis, kali ini datang nya lain. Datangnya di awal cerita mengadu pada Uda di pulaukan oleh wanita wanita lain kerana sebab yang tidak munasabah. Jikalau Dara fikir logik akal perkara tak akan tersebar kalau tiada angin bergoyang. Dara beri kebenaran dengan niat membantu dia. Mungkin benar dia teraniaya. Namun hari demi hari keintimannya lain. Pertolongan di hulur ibarat membuka ruang dia menebak masuk. Segala persoalan Dara ajukan pada Uda adakala terjawab adakala di biar tergantung. Hari pantas berlalu. Sampai satu ketika wanita itu menunjukkan belang sebenar. Pertanyaan Dara dia putar belitkan lalu segala isi dia adu domba. Pada Uda yang terlalu lurus dan sentiasa bersangka baik itu dia jarum jarumkan. Segala isi mesej yang dirasa mampu menggoyahkan hubungan Uda dan Dara dia 'copy and paste' dan serah pada Uda, segala yang baik dia utarakan agar kelihatan buruk. Apatah yang buruk lagi dia perlihatkan. Maka Uda yang pesat meniti perubahan itu melenting. Hanya kerana salah boleh di bawa bincang dia tegaskan. Uda yang kini seorang baran, lebih utamakan kawan dan kebebasan hubungan sosial nya itu mudah termakan dek kata manis dusta wanita ini. Maka, hubungan yang di bina Uda dan Dara selama ini terlerai akhirnya.

Uda lupa barangkali segala sekatan dia tetapkan pada Dara semua Dara turutkan. Segala curfew Dara tidak sungutkan. Apatah berkawan dengan jantina lain, Dara memang jauhkan. Sehinggakan kawan - kawan Dara sendiri mahu ajak Dara keluar malam ataupun tidur bersama turut meminta izin padanya. Kerana kawan - kawan Dara hormat hubungan terbina. Kawan - kawan Dara bukan pemecah belah yang sanggup kawan sakit kerana luka tak sepatutnya. Uda mungkin rasa dirinya terkongkong tetapi Uda tak mungkin fikir dia juga mengongkong di luar sedar. Yang Uda tahu, dia inginkan kebebasan setelah dua puluh tahun berasa terperuk dek didikan baik papa mamanya. Kata sahabat, darah muda orang baru nak menikmati dunia mana dia mahu sedar kebaikan sudut keluarganya dan orang yang menyayanginya taburkan. Maka kata sahabat lagi, biarkan dia menikmati dunia seketika ini. Sampai satu saat dia akan bosan dan kembali kepada diri yang dahulu. Maka Dara belajar terima kenyataan, tidak terlalu mengikat, biarkan Uda menikmati hari - hari barunya. Walau ada ketika Dara bertanya juga kemusykilan sekadar ingin tahu.

Dalam selang waktu hubungan terlerai itu, jelas terlihat wanita itu memainkan peranan di samping Uda yang kesunyian kerana cinta masih bersisa tetapi di balut ego, maka tiada salam ingatan di utus. Sedangkan Dara yang memerhati dari jauh memendam rasa, hanya mampu menitip dalam doa kudusnya moga di dekatkan dua hati  mereka andai benar mereka di takdir untuk bersama. 

Dan sesungguhnya DIA itu maha mengetahui. Segala terjadi ada hikmah di sebaliknya. Bukan DIA menduga untuk selamanya. Menduga mungkin sekadar menguji keteguhan Uda dan Dara. Hubungan terikat kembali. DIA hadirkan bahagia kembali dalam hari - hari mereka seperti saat awal perhubungan mereka. Bahagia terukir, Dara menangis gembira tatkala menyedari Uda memperlihat segala usaha nya memperbaiki khilaf. Dara juga belajar dari khilaf lepasan agar hari mereka lebih baik. Moga wanita itu juga tergerak hati untuk pergi tanpa rasa hasad dengki apatah iri hati dan dendam di sanubari. Moga wanita itu menjadi lebih baik agar kehadiran dia di senangi orang lain juga. Dan buat Uda dan Dara, moga perubahan berkekalan moga hati Uda dan Dara cekal menongkah arus kapitalis ini. Fi'amanillah :')


P/s : Kata seorang sahabat 'tahun pertama hubungan memang tahun honeymoon. Habis tahun pertama akan semakin banyak cela terlihat. tahun dua adalah tahun ujian. jikalau kau mampu bertahan sampai ke tahun tiga, besar kemungkinan ia berkekalan'. Banyakkan minta pada-Nya, mohon petunjuk agar masa berlalu tidak terasa satu pembaziran...

Friday, April 27

MASUM Sarawak, Part 2

Hari kedua di sana. Game masih belum bermula. Sebab kami datang awal beberapa hari sebenarnya. Mujur masa cuti mid sem. Maka, tak ralat sangat lah berlama - lama tinggal bumi semenanjung. Hari itu, lepas selesai rutin training dan fitness di awal pagi, kami bersiap - siap lah nak tawaf sarawak. Misi hari ini ke Sarawak Cultural Village. Mengenali sisi kehidupan Sarawakian gituhh.

Menunggu tiket masuk. Lesu uii. Apatah perjalanan dari UniMAS ke sini agak lama, it took almost an hour. Memang kitorang qada tidur sepanjang jalan. 

Kembali aktif. Ahah ! Tahu tak tiket masuk RM60 okay. Luckily kitorang bawa matric card, dapat lah less.  Nampak lah manfaat matric card kite di situ ? Haa manager kitorang je lah bayar harga penuh. Kasihan dia. 

Gadis - gadis owsem ;D

Kak siti*bajukuning, manager kami yang owsem ;D
Ahak ahak. Hak paling teruja kat sini adalah titian kayu dia. Banyak angatt. Dengan di keliling rimbunan pokok besar besar, tasik besar. Tak hairanlah kami yang owsem ni terlompat terkinja. Ngaha -__-

Rumah Iban, rumah etnik pertama kami singgah. 

Rumah seterusnya, Penan. Comel sangat weh rumah ni. Kecik. Kecik sangat. Hik. 

Penjaga rumah Penan. Seksii, rambut dia. Aumm. Ngaha

Rumah Bidayuh. Belemuih habaq ang tetiba jah lain pada orang. Aaaa :ppp


Dahhh tak ingat rumah apa dah kat sini. Ahah ! Tapi..

di sini paling seronok sebabbb ada foreigner join sekali. Pertemuan budaya gituh. Dah macam lama kenal, close gila boleh borak", kenal" ambil gambar bagai. Mungkin sebab kitorang semua jenis 'mesra alam' dan owsem kot. Senang je masuk. Ahah :D

rumah terakhir. dah double lupa ingatan rumah apa. ngahaha ! 

team gadis owsem...

dan wanita gagah. Ah acaner tu :p

to be continue...











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...